Instagram @zunurainsalleh

Thursday, May 29, 2014

Cara Mudah Menghilangkan Eyebag Terbongkar!

Nak tau cara mudah untuk hilangkan eyebag atau kantung mata? Tapi sebelum tu, tahukah anda apakah punca eyebag seringkali terjadi? Punca-punca penyebab terjadinya eyebag ini.

Keturunan
Cuba lihat bawah mata ibu atau ayah anda, kalau memang ada lingkaran hitam bawah mata ni, itu adalah keturunan yang diwarisi dari ibu/ayah.

Alergi
Eye bag ini juga disebabkan tabiat menggosok kulit di sekitar mata yang gatal akibat mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh badan yang menyebabkan darah memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.

Terlalu banyak terdedah kepada cahaya skrin pc/laptop
Sesiapa yang suka online memanjang tu jangan hairan ye kalau ada eye bag bawah mata, ini adalah disebabkan mata letih dan kurang tidur/kurang rehat.

Anemia
Anemia bermaksud kekurangan darah/zat besi. Pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurang zat besi, untuk mengatasi masalah ini anda perlulah mengambil supplemen tertentu.

Toksin berlebihan

Ini adalah salah satu puncanya ,tabiat yang tidak mengambil pemakanan seimbang menyebabkan racun terkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat di cernakan dengan baik menyebabkan kulit di sekitar hitam serta nampak lebam. (sangat mencacatkan penampilan kita huwaaaa)

Selain itu, ada cara mudah untuk hilangkan eyebag ni. Antaranya:

1) Uncang Teh
Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

2) Timun

Ramai yg sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

3) Kentang
Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

4) Susu
Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

5) Putih Telur
Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.

6) Air kosong
Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong. Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

7) 
LA' SOUL - Skin Nutrition Expert (Skin Secret Lifting Gel)
SNE MARKETING MALAYSIA telah melancarkan product terkini selepas dengan kerjasama dari Korea iaitu product Mask muka LA' SOUL. Product ini merupakan satu product yg menggunakan teknologi tinggi dan terkini, ianya hampir sama rawatan kulit orang Korea. Ia mampu memberi kesan rawatan positif dalam masa 20 minit penggunaan..

Antara kelebihan mask La Soul adalah :
  • Garis halus diratakan
  • Kedutan dapat dikurangkan
  • Mengecutkan pori-pori
  • Menegangkan kulit dan menjadikan kulit muda
  • Kulit menjadi anjal dan licin







Sexy Pink Heart

Copyright 2013 | Templates Reserved for Zunurain Salleh | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™